Datuk Abdul Aziz Eddy Zaid Singah (3 Oktober 1941-1 Julai 2016) merupakan pelakon lelaki
Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem. Dengan kerjayanya yang bertahan selama lima dekad, beliau telah membintangi lebih 500 drama dan 13 filem sepanjang hayatnya.
[1]Dilahirkan di
Rembau,
Negeri Sembilan, Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian seorang bapa.
[2] Dalam temuramah pada Ogos 1998, beliau menceritakan yang bapanya seorang askar sama unit dengan
Leftenan Adnan terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu
Perang Dunia Kedua. Usia Aziz ketika itu dua bulan.
[2] Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Kolej Makmal Dockyard, Sembawang, Singapura (1960-1964), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1964-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).
[2]Bakat lakonan Aziz mula diuji pengarah
M. Amin dalam filem Jahanam pada 1971. Selama menjawat Ketua Unit Kasting RTM, Aziz melahirkan ramai dramatis baru dan salah seorangnya
Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu. Lebih 500 drama dibintangi bermula dengan Malam Tiada Bintang pada 1965, lakonan Aziz cukup sinonim sebagai "datuk" atau "tokoh korporat". Watak Rosman yang dipegang dalam drama PJ mengaitkannya dengan JR Ewing (lakonan Larry Hagman) dalam Dallas.
[2]Aziz dipilih menjadi Presiden
Persatuan Seniman Malaysia pada 3 Julai 1999 untuk sesi 1999/2001, cabarannya cukup getir apabila beberapa AJK lama persatuan itu menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meminta Mesyuarat Agung Seniman itu dibatalkan. Di bawah kepimpinan beliau juga Seniman dengan kerjasama ACS Production melancarkan projek Hari Seniman pada 22 Mac 2000. Selaku Presiden, Aziz mahukan seniman tanah air diiktiraf.
[2] Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Setia Negri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran "Datuk" kepada beliau pada 18 Julai 2005.